Terma Syarat



Bersetuju dengan syarat berikut yang terdapat dalam  tempahan iaitu:-

  1.      Pembayaran deposit adalah  RM 150 dari jumlah bayaran. Sekiranya pelanggan tidak membayarnya dalam masa seminggu maka pihak HUDZ SHOT PHOTOGRAPHY SERVICES berhak membatalkan tempahan pelanggan tersebut dan diganti dengan tempahan lain pada tarikh yang telah ditetapkan untuk majlis.
  2.    Fotografer (Juru foto) akan berehat selama 10 minit untuk menunaikan solat fardu dan pelanggan tersebut tidak akan menganggu beliau ketika itu untuk mengambil gambar (penempah / majlis  tersebut).
  3.    Sekiranya pelanggan tersebut telah membayar deposit perkhidmatan fotografi untuk (majlis pelanggan tersebut / majlis kelolaan pelanggan tersebut), kemudian pelanggan tersebut membatalkan untuk terus melanggan perkhidmatan fotografi dari pihak HUDZ SHOT PHOTOGRAPHY SERVICES maka wang deposit akan dikembalikan hanya RM 100 sahaja oleh pihak HUDZ SHOT PHOTOGRAPHY SERVICES.
  4.      Pelanggan tersebut juga akan mengikut tetapan masa yang diberikan, fotografer berhak untuk tamat sesi bergambar sekiranya cukup masa yang diberikan untuk sesuatu tempahan.
  5.        Segala yang terdapat dalam pakej yang pelanggan langgani, pelanggan tidak akan meminta mencetak atau membuat semula produk dalam pakej yang dilanggan setelah mendapat produknya. Tempoh penerimaan produk ada 4 minggu hingga 25 minggu mengikut jenis produk yang diminta.
  6.    Pelanggan tersebut perlu membayar baki bayaran ketika majlis. Sekiranya bayaran dibawa lewat dalam masa seminggu lepas majlis, produk penempah akan lewat diterima. Ini kerana pihak HUDZ SHOT PHOTOGRAPHY SERVICES mengutamakan pelanggan yang membayar penuh. Selain itu sekiranya bayaran baki tidak diterima selepas seminggu majlis pelanggan tersebut, maka   pihak  HUDZ SHOT PHOTOGRAPHY SERVICES akan melupuskan SOFT COPY gambar pelanggan tersebut tanpa sebarang cetakkan / 'print'
  7.      Bagi sesetengah harga pakej tidak termasuk kos pengangkutan, kos pos dan kos tambahan seperti kos majlis diadakan lebih sehari. Sebagai contoh majlis perkahwinan dan majlis akad nikah berlainan hari. Namun begitu harga bagi sesuatu pakej yang tercatit pada iklan tidak akan dikenakan kos tambah.
  8.   Cara pembayaran juga boleh diubah oleh fotografer atau pihak Hudz Shot Photography Services mengikut persetujuan bersama pelanggan. 

kahwinmall.com